MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Tahun                                       : 2
Bidang                                      : Mengenal
kraf traditional
Aktiviti                                      : Gasing
Tema                                        : Objek
Buatan Manusia
Tajuk                                        : Gasing
Mudah
Masa                                        : 60
minit
Media                                       : Alat    : Gunting
    Bahan : gambar salinan
fotostat rupa bulatan pada kertas A4, box board, gam, lidi  
   sate, dan krayon.
Bahan
Bantu Mengajar                : Gasing sebenar/ gambar gasing
EMK                                         : TMK,
Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi 
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni
visual seperti garisan, rupa, bentuk, warna, kontra, dan harmoni yang terdapat
pada alam semula jadi, objek buatan manusia, dan karya seni dalam penghasilan
gambar menggunakan teknik resis. 
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman
bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti membuat
resis. 
3. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman
bahasa seni visual menerusi penghasilan resis.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa
seni visual, sejarah seni, dan budaya. 
STANDARD PEMBELAJARAN 
4.1        Persepsi
Estetik 
Murid dapat menyatakan dan membuat
pemerhatian terhadap 
unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan gasing. 
4.1.1 Unsur seni 
4.1.1.1 Bentuk 
4.1.1.2 Warna 
4.1.2 Prinsip rekaan 
4.1.2.1 Imbangan - simetri 
4.2        
Aplikasi Seni
Murid dapat mengetahui dan
memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan
gasing. 
4.2.1 Mengenal dan menyatakan
jenis-jenis media. 
4.2.2.1 Alatan - gunting 
4.2.2.2 Bahan - gambar
salinan fotostat rupa bulatan pada kertas A4, box 
board, gam, lidi sate, dan krayon.
4.2.2 Mengetahui penggunaan media
serta proses dan teknik dalam penghasilan 
karya. 
4.3        
Ekspresi Kreatif 
Murid dapat mengaplikasikan
pengetahuan bahasa seni visual, 
kefahaman media, serta kemahiran
teknik dan proses dalam 
menghasilkan gasing dalam bentuk 3D. 
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan
secara kreatif 
4.3.2 Mengaplikasikan proses dan
teknik yang bersesuaian dalam penghasilan gasing. 
4.3.3 Menggunakan bahasa seni visual:
bentuk, warna, dan imbangan dalam 
penghasilan gasing.
4.4        Apresiasi
Seni 
Murid dapat membuat apresiasi
terhadap karya sendiri dan rakan 
dengan memberikan penekanan pada
bahasa seni visual. 
4.4.1 Memutarkan gasing yang
dihasilkan sendiri 
4.4..2 Menyatakan karya
sendiri dan rakan secara lisan
| 
STANDARD PEMBELAJARAN | 
ILUSTRASI AKTIVITI | 
| 
Persepsi Estetik  
 Menunjukkan gasing sebenar atau gambar gasing dan
  menerangkan bahagian-bahagian gasing seperti paksi, badan, dan kepala.  
Aplikasi Seni  
-Guru berinteraksi tentang bahasa seni visual:
  bentuk, warna dan imbangan.  
-Guru menunjuk cara menghasilkan gasing mudah dengan
  menggunakan box board.  
Langkah 1  
- Melakar corak pada bulatan kertas yang telah disediakan dan mewarnakannya.  
- Menampal hiasan corak pada box board.  
- Menggunting bentuk bulatan bagi menghasilkan badan gasing.  
Langkah 2  
-Mencucuk dan melekatkan lidi sate pada bahagian tengah badan gasing menggunakan gam UHU.  
Ekspresi Kreatif  
-Murid menghasilkan gasing mudah menggunakan box
  board.  
- Murid menjalankan aktiviti seperti langkah-langkah
  yang telah ditunjukkan.  
Apresiasi Seni Visual  
-Guru menerangkan gasing sebagai warisan budaya.  
- Murid menyatakan bahasa seni visual yang terdapat
  pada gasing mudah yang dihasilkan.  
- Murid memutarkan gasing mudah yang telah
  dihasilkan.  | |
 
