Friday, November 25, 2011

Mengenal Kraf Tradisional


MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Tahun                                       : 2

Bidang                                      : Mengenal kraf traditional

Aktiviti                                      : Gasing

Tema                                        : Objek Buatan Manusia

Tajuk                                        : Gasing Mudah

Masa                                        : 60 minit

Media                                       : Alat    : Gunting
    Bahan : gambar salinan fotostat rupa bulatan pada kertas A4, box board, gam, lidi  
   sate, dan krayon.

Bahan Bantu Mengajar               : Gasing sebenar/ gambar gasing

EMK                                         : TMK, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti garisan, rupa, bentuk, warna, kontra, dan harmoni yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia, dan karya seni dalam penghasilan gambar menggunakan teknik resis.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti membuat resis.

3. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penghasilan resis.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1        Persepsi Estetik
Murid dapat menyatakan dan membuat pemerhatian terhadap
unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan gasing.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Bentuk
4.1.1.2 Warna
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Imbangan - simetri

4.2        Aplikasi Seni
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan gasing.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
4.2.2.1 Alatan - gunting
4.2.2.2 Bahan - gambar salinan fotostat rupa bulatan pada kertas A4, box
board, gam, lidi sate, dan krayon.
4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan
karya.

4.3        Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual,
kefahaman media, serta kemahiran teknik dan proses dalam
menghasilkan gasing dalam bentuk 3D.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan gasing.
4.3.3 Menggunakan bahasa seni visual: bentuk, warna, dan imbangan dalam
penghasilan gasing.

4.4        Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.
4.4.1 Memutarkan gasing yang dihasilkan sendiri
4.4..2 Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan






STANDARD PEMBELAJARAN


ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik

 Menunjukkan gasing sebenar atau gambar gasing dan menerangkan bahagian-bahagian gasing seperti paksi, badan, dan kepala.



Aplikasi Seni

-Guru berinteraksi tentang bahasa seni visual: bentuk, warna dan imbangan.
-Guru menunjuk cara menghasilkan gasing mudah dengan menggunakan box board.

Langkah 1
- Melakar corak pada bulatan kertas yang telah disediakan dan mewarnakannya.
- Menampal hiasan corak pada box board.
- Menggunting bentuk bulatan bagi menghasilkan badan gasing.


Langkah 2
-Mencucuk dan melekatkan lidi sate pada bahagian tengah badan gasing menggunakan gam UHU.




Ekspresi Kreatif

-Murid menghasilkan gasing mudah menggunakan box board.
- Murid menjalankan aktiviti seperti langkah-langkah yang telah ditunjukkan.



Apresiasi Seni Visual

-Guru menerangkan gasing sebagai warisan budaya.
- Murid menyatakan bahasa seni visual yang terdapat pada gasing mudah yang dihasilkan.
- Murid memutarkan gasing mudah yang telah dihasilkan.











No comments:

Post a Comment